
Penyelidikan ini mengkaji kesan taut silang β-siklodekstrin dalam struktur kitosan terhadap potensinya sebagai penjerap serentak bagi ion logam dan pewarna. β-siklodekstrin ditaut silang dengan kitosan menggunakan epiklorohidrin (ECH) menghasilkan β-CD-ECH-CS yang dicirikan menggunakan Spektroskopi Inframerah Transformasi Fourier (FTIR), Analisis Termogavimetri (TGA), Kalorimetri Imbasan Pembeza (DSC) dan Pembelauan Sinar-X (XRD) untuk menilai struktur, sifat terma dan kehabluran. Analisis FTIR menunjukkan pembentukan ikatan kovalen antara ECH dengan kumpulan amina pada kitosan dan kumpulan hidroksil pada β-siklodekstrin. Keputusan TGA dan DSC menunjukkan β-CD-ECH-CS mempunyai ketahanan terma yang lebih rendah tetapi kestabilan terma yang lebih tinggi, manakala analisis XRD menunjukkan pengurangan tahap kehabluran selepas taut silang. Keupayaan penjerapan β-CD-ECH-CS turut dinilai terhadap Pb(II) dan metil jingga (MO) dalam sistem tunggal dan binari. Dalam sistem tunggal, peratus penjerapan β-CD-ECH-CS terhadap Pb(II) dan MO masing-masing adalah 99.91% dan 29.6% pada keadaan optimum. Walau bagaimanapun, dalam sistem binari, peratus penjerapan terhadap MO meningkat kepada 58.31%, manakala penjerapan Pb(II) kekal iaitu 99.53%. Peningkatan kecekapan penjerapan dalam sistem binari ini dikaitkan dengan kesan sinergistik antara β-CD dan kitosan dengan rongga hidrofobik β-CD memudahkan penginklusian molekul MO, manakala kumpulan amina kitosan kekal berfungsi sebagai tapak aktif bagi Pb(II). Keadaan ini mengurangkan persaingan antara kedua-dua bahan pencemar terhadap tapak penjerapan, sekali gus meningkatkan prestasi keseluruhan sistem binari berbanding sistem tunggal.
This study evaluated the in vitro cytocompatibility and anti-melanogenic potential of Schizophyllum commune (cendawan kukur) extracts prepared at two temperatures, 4 degrees C (K4C) and 30 degrees C (K30C), followed by a human skin biophysical assessment of S. commune-based topical formulations. Cytotoxicity was assessed using MTT assays in CRL-2691 human dermal fibroblasts and MNT-1 human melanoma cells. Anti-melanogenic activity was evaluated in MNT-1 cells by measuring melanin content, tyrosinase (TYR) transcript abundance, and intracellular tyrosinase activity. Both extracts maintained high cell viability across the tested concentration range. K30C showed a more consistent response, with modest reductions in melanin content and TYR transcript abundance at 50 and 100 mu g/mL, but did not significantly reduce intracellular tyrosinase activity, while K4C showed a less consistent response. A supportive human skin biophysical evaluation was subsequently conducted using topical creams containing the S. commune extract prepared at 30 degrees C. Fifteen participants used the formulations for 12 weeks. The exploratory evaluation indicated reductions in melanin and erythema indices. Overall, the in vitro findings and preliminary human skin observations support further investigation of S. commune-derived ingredients as potential natural cosmeceutical candidates.
Antioksidan fenol merupakan antara unsur yang banyak terdapat dalam buah-buahan yang memberikan pelbagai manfaat kesihatan kepada pengguna. Bagi menentukan kandungan dan taburan 2- dan 4-fenilfenol dalam lima jenis jus buah sitrus, satu kaedah yang pantas, sensitif serta mesra alam iaitu pengekstrakan mikro cecair-cecair secara serakan (DLLME) telah digunakan di bawah keadaan optimum pH 5, 1.5 g NaCl, 1.5 mL isopropanol sebagai pelarut penyebar dan 1.2 mL diklorometana sebagai pelarut pengekstrak. Analisis preliminari menggunakan kromatografi lapisan nipis (TLC) dengan menggunakan toluena dan aseton (8:2) sebagai pelarut fasa bergerak telah dijalankan bagi penvisualisasi 2 dan 4-fenilfenol di bawah cahaya ultraungu. Namun begitu, disebabkan kedua-dua analit mempunyai kepekatan yang sangat rendah, ia tidak dapat dikesan melalui kaedah TLC. Ujian DPPH tidak menunjukkan perubahan warna yang signifikan, yang menunjukkan bahawa kepekatan antioksidan dalam sampel sitrus mungkin terlalu rendah untuk dinilai secara berkesan menggunakan kaedah ini tanpa proses prapekatan sampel. Oleh itu, kaedah kuantifikasi menggunakan DLLME dan spektrofotometer UV-Vis pada panjang gelombang 245 dan 287 nm telah dijalankan. Jus lemon menunjukkan kepekatan 2- dan 4-fenilfenol yang tertinggi antara kelima-lima sampel buah dengan nilai 0.0212 dan 0.0371 mg/mL masing-masing bagi 2 dan 4-fenilfenol. Keputusan menunjukkan kedua-dua analit mempunyai pekali kolerasi linear (R²) 0.9917 dan 0.9899. Had pengesanan (LOD) dan had pengkuantifikasian (LOQ) masing-masing adalah 0.00119 dan 0.00408 bagi 2-fenilfenol manakala 0.00127 dan 0.00436 bagi 4-fenilfenol. Peratusan penghasilan semula adalah dari 85.92 sehingga 105.5% bagi 2-fenilfenol dan 90.30 sehingga 114.8% bagi 4-fenilfenol dengan sisihan piawai relatif harian (RSD) 0.1977 hingga 0.5189. Kaedah ini telah berjaya digunakan untuk analisis sampel sebenar jus buah dan membuktikan bahawa teknik ini adalah teknik yang ringkas, pantas dan praktikal serta mesra alam.
Kecekapan peranti penyimpanan tenaga, khususnya superkapasitor amat bergantung kepada sifat bahan aktif elektrod. ZIF-8 sebagai kerangka logam-organik (KLO) mempunyai luas permukaan khusus yang tinggi, namun kekonduksian elektrik intrinsiknya yang rendah mengehadkan prestasi elektrokimia. Kajian ini mensintesis nanokomposit ZIF-8/TKK dan ZIF-8/N-TKK melalui penghibridan titik kuantum karbon (TKK) dan titik kuantum karbon terdop nitrogen (N-TKK) daripada biojisim kulit pisang dengan ZIF-8 bagi menilai kesan pendopan nitrogen terhadap sifat bahan dan prestasi elektrokimia. TKK dan N-TKK disediakan secara hidroterma dan dihibridkan dengan ZIF-8 melalui pencampuran larutan. Analisis spektroskopi transformasi Fourier inframerah (FTIR), spektroskopi resonans magnet nuklear proton (1H-NMR) dan pembelauan sinar-X (XRD) menunjukkan bahawa ciri kimia dan fasa kristal ZIF-8 tidak mengalami perubahan ketara selepas penghibridan dengan N-TKK. ZIF-8/N-TKK menunjukkan peningkatan luas permukaan khusus kepada 2067.28 m2/g berbanding ZIF-8 (1825.32 m2/g), manakala ZIF-8/TKK menurun kepada 1650.10 m2/g akibat pengagregatan. Penghibridan N-TKK turut menghasilkan rintangan setara siri yang lebih rendah (1.74 Ω) berbanding ZIF-8 (2.37 Ω), di samping peningkatan tindak balas kapasitif dan penahanan kapasiti yang lebih tinggi (39.75%) berbanding ZIF-8 (31.41%). Peningkatan ini dikaitkan dengan sinergi antara struktur berliang ZIF-8 dan sifat konduktif serta tapak elektroaktif N-TKK yang memudahkan pemindahan elektron dan difusi ion. Keputusan ini menunjukkan potensi penghibridan N-TKK sebagai pendekatan mampan untuk meningkatkan prestasi elektrokimia ZIF-8 sebagai bahan elektrod superkapasitor.
Hubungan yang rumit antara Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), Pelaburan Langsung Asing (PLA) dan Harga Minyak Mentah (HMM) adalah kunci untuk memahami sistem ekonomi, kerana pemboleh ubah ini secara kolektif mempengaruhi trajektori ekonomi nasional dan global. KDNK mencerminkan kesejahteraan ekonomi dan keyakinan pelabur, PLA berperanan sebagai pemangkin pertumbuhan dengan memperkenalkan modal dan teknologi, manakala HMM mempengaruhi kos pengeluaran, inflasi dan kestabilan negara pengeksport dan pengimport minyak. Kajian ini memberi tumpuan kepada Malaysia dengan hasil minyak dan PLA memainkan peranan penting dalam membentuk prestasi ekonomi. Model tak linear berinspirasikan Lotka-Volterra baharu dicadangkan untuk menggambarkan hubungan saling kebergantungan antara KDNK, PLA dan HMM. Walau bagaimanapun, hasil ujian kestabilan mendedahkan bahawa titik keseimbangan sistem adalah tidak stabil dengan gangguan kecil mencetuskan dinamik berayun atau mencapah, mencerminkan kerentanan Malaysia terhadap kitaran ekonomi dan kejutan luaran. Penemuan ini menonjolkan hubungan dinamik antara pemboleh ubah tersebut serta ketidakstabilan yang wujud dalam ekonomi bergantung kepada tenaga. Model yang dicadangkan menawarkan pandangan kukuh terhadap hubungan tak linear antara KDNK, PLA dan HMM, sekali gus menekankan keperluan untuk intervensi dasar yang disasarkan bagi mengurangkan ketidakstabilan. Bagi memastikan ketepatan model dan mengatasi masalah kestabilan, kami menghasilkan kaedah Euler tak piawai (KETP), pendekatan berangka yang direka untuk mengekalkan sifat positif, keterbatasan dan kestabilan dalam simulasi. Hasil kajian menunjukkan ketepatan ramalan yang tinggi bagi KDNK dan PLA dengan nilai Peratusan Ralat Purata Mutlak (PRPM) yang rendah serta ketepatan yang munasabah bagi HMM. Dengan menyediakan kerangka ramalan, kajian ini melengkapkan pembuat dasar dan pelabur dengan alat untuk mengemudi landskap ekonomi Malaysia yang berubah-ubah, sambil menawarkan strategi untuk mengukuhkan daya tahan dan pertumbuhan mampan di tengah-tengah ketidakpastian pasaran tenaga global.