Penilaian Model Matematik Bagi Pertumbuhan Mikroalga Characium sp. UKM1, Chlorella sp. UKM2 dan Coelastrella sp. UKM4 dalam Air Larut Resapan Sintetik

Malaysian Applied Biology(2022)

引用 0|浏览2
暂无评分
摘要
Mikroalga berpotensi sebagai agen fikoremediasi air sisa dan metabolit yang terhasil dalam biojisim mikroalga mampu diaplikasikan dalam bidang bioteknologi. Pertumbuhan mikroalga dalam air sisa menjadi petunjuk bahawa mikroalga mampu hidup dalam persekitaran ekstrim dan menjadi agen fikoremediasi air sisa. Oleh itu, model matematik yang terbaik bagi kinetik pertumbuhan mikroalga yang dikultur dalam air sisa perlu dikaji bagi menentukan model yang tepat untuk digunakan pada masa akan datang. Dalam kajian ini, penilaian model matematik yang terbaik terhadap tiga mikroalga tempatan, Characium sp. UKM1, Chlorella sp. UKM2 dan Coelastrella sp. UKM4 yang dikultur dalam air larut resapan sintetik dianalisis dengan menggunakan tiga model matematik iaitu logistik, logistik terubah suai dan Gompertz terubah suai. Selain itu, analisis statistik dijalankan bagi penentuan model terbaik dengan mengambil kira nilai regressi terubah suai (adj R2), ralat tambah kuasa dua (SSE), punca min ralat kuasa dua (RMSE), faktor bias (BF), faktor kejituan (AF) dan peratus ramalan ralat piawai (%SEP). Hasil menunjukkan model yang terbaik bagi ketiga-tiga mikroalga dalam air larut resapan sintetik adalah model Gompertz terubah suai. Ini disebabkan oleh beberapa ciri antaranya plot residual yang mendekati model matematik, nilai BF yang mendekati nilai satu, serta nilai terendah %SEP berbanding model matematik yang lain. Kesimpulannya, model Gompertz terubah suai adalah model penyesuaian yang terbaik terhadap pertumbuhan mikroalga dalam air larut resapan sintetik.
更多
查看译文
关键词
chlorella sp,ukm2 dan coelastrella sp,air larut resapan sintetik,model
AI 理解论文
溯源树
样例
生成溯源树,研究论文发展脉络
Chat Paper
正在生成论文摘要