• 学术搜索
  • 科研智能体
    • Research Labs
    • AI 阅读
    • AI 文库
    • 深度研究
    • 学者亮点
  • 学术资源
    • AI2000
    • 期刊/会议
    • 学者库
    • 学术API
    • 溯源树
    • 数据集
  • 知识沉淀
    • 学术空间
订阅小程序
旧版功能
aminer vip
开通会员低至0.73元/天
一次搞定AI科研
立即登录
  • English
  • 联系方式
    Rentas: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya

    Rentas: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya

    JournalISSN 2976-3126eISSN 2976-3134

    年发文量

    研究主题

    论文(64)

    排序
    1Kuasa Dan Ideologi Visual Satira Politik Dalam Media Sosial: Kajian Berpandukan Wacana Kritis Dan Semiotik Sosial
    Darwalis Sazan

    Sumber visual pada masa kini telah dijadikan sebagai satu bentuk penyampaian dan komunikasi politik yang berkesan. Kepelbagaian visual khususnya satira politik di Malaysia dilihat sebagai ruang untuk membentuk cakna khalayak terhadap sumber ini. Kajian melibatkan satira visual dalam penelitian kuasa dan ideologi jarang diketengahkan oleh para sarjana memandangkan terdapat sensitiviti tertentu dalam menyuarakan pandangan. Kajian ini meneliti kuasa dan ideologi di sebalik visual satira politik Malaysia di media sosial. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan kualitatif berdasarkan analisis kandungan visual. Media sosial ‘X’ dijadikan sumber data visual satira politik diperoleh. Penyesuaian teori pula mengguna pakai Analisis Wacana Kritis oleh Fairclough (1995; 2006) dan Teori Semiotik Sosial oleh Kress dan Leuween (1996). Dengan gabungan dan penyesuaian kedua-dua teori ini, kuasa dan ideologi visual dapat dirungkaikan sebaiknya. Hasil kajian mendapati bahawa penghasilan visual satira politik di Malaysia sememangnya mempengaruhi satira yang diketengahkan melalui kuasa dan ideologi di media sosial. Pembinaan kuasa dan ideologi secara visual satira juga dilihat sebagai satu dominasi kritik yang berkesan untuk menyuarakan apa-apa pandangan dalam senario kepolitikan. Oleh itu, kajian ini memberi pengetahuan dan kefahaman tentang kuasa dan ideologi di sebalik visual satira politik dalam konteks politik di Malaysia berpandukan wacana kritis dan semiotik sosial.

    2025
    引用
    AI阅读
    加入学术空间
    2Pengalaman Guru Dalam Usaha Menerapkan Elemen Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (pdp) Bahasa Melayu
    Nurul Izzani Ashar, Nor Fazilah Noor Din

    Pembelajaran berkesan merupakan kunci utama dalam menentukan keberhasilan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP), dan salah satu faktor yang mempengaruhi keberkesanannya ialah melalui gaya belajar murid. Guru yang bertindak sebagai pendorong utama berperanan penting dalam memastikan gaya belajar berkesan dengan mengaplikasikan pendekatan dan teknik yang bersesuaian dengan kecenderungan, kecerdasan dan minat murid. Walau bagaimanapun, penerapan Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dilihat masih tidak diaplikasikan oleh guru secara optimum. Kajian ini bertujuan mengenal pasti elemen kecerdasan pelbagai yang diaplikasikan oleh guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu di sebuah sekolah rendah di Perlis. Subjek kajian dipilih menggunakan teknik persampelan bertujuan dengan memilih tiga orang guru Bahasa Melayu. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi pemerhatian dan temu bual terhadap subjek kajian dan hasil data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian mendapati, elemen kecerdasan pelbagai dalam PdP tidak diterapkan secara optimum oleh subjek kajian. Hasil temu bual mendapati, situasi ini berlaku atas faktor atau halangan tertentu, antaranya ialah, aspek penerimaan latihan profesional, masa, perancangan bahan bantu mengajar dan aktiviti pengajaran, kemahiran guru, dan minat guru. Oleh yang demikian, dengan pelaksanaan kajian ini, diharapkan pihak berkepentingan dapat memainkan peranan yang sewajarnya dalam usaha meningkatkan kesedaran tentang keperluan untuk menerapkan kecerdasan pelbagai secara optimum di dalam bilik darjah, sekali gus menyokong perkembangan holistik murid.

    2025
    引用
    AI阅读
    加入学术空间
    3Perspektif Guru Sekolah Rendah Daerah Telupid, Sabah: Isu Dan Pendekatan Simulasi Lisan Frasa Bahasa Arab
    Abdul Sukur Japri,Harun Baharudin

    Pembelajaran simulasi lisan sama ada dalam bentuk simulasi perkataan, huruf atau frasa bahasa Arab merupakan pembelajaran yang sangat penting bermula seawal di peringkat sekolah rendah lagi. Simulasi lisan ataupun kemahiran bertutur perlu dikuasai oleh murid sebagai pelajar bahasa kedua seperti mata pelajaran bahasa Arab. Terdapat banyak masalah yang berlaku berkaitan isu kemahiran bertutur bahasa Arab dalam kalangan murid yang semakin membimbangkan. Justeru, kajian ini bertujuan meneroka isu yang berlaku berkaitan simulasi lisan frasa bahasa Arab dan membincangkan secara mendalam kaedah pengajaran simulasi lisan frasa bahasa Arab yang boleh diamalkan oleh guru khususnya di dalam bilik darjah. Kajian kualitatif dijalankan untuk pemerolehan data dengan menemu bual tiga orang responden yang terdiri daripada tiga orang guru ketua panitia bahasa Arab dari tiga buah sekolah rendah yang berlainan di daerah Telupid, Sabah. Dapatan kajian mendapati dua isu berlaku iaitu isu umum dan isu khusus yang dikongsikan oleh responden dan tiga kaedah untuk merawat isu tersebut seperti simulasi audio penutur jati, sebutan suku kata dan peer learning. Kajian ini juga dapat membantu guru-guru untuk memastikan proses (PdP) berjalan dengan baik serta memberi idea kepelbagaian aktiviti pengajaran yang boleh dilakukan oleh guru. Sebagai kesimpulan, kajian ini penting untuk diteliti oleh guru bahasa Arab kerana hasil dapatan memberi cadangan aktiviti pengajaran yang terbaik dan boleh diaplikasikan oleh guru sekaligus mengatasi isu simulasi lisan frasa bahasa Arab yang berlaku dalam kalangan murid.

    2025
    引用
    AI阅读
    加入学术空间
    4Transitivity Analysis of Processes on Batik Junior High-School Student’s Narrative Texts: Systemic Functional Linguistics Approach
    Adhitya Darmawan,Agus Hari Wibowo

    This research focuses on the transitivity analysis of Batik JHS student’s narrative texts. Additionally, this research attempts to analyze whether the students follow the rules for constructing a narrative text. Apart from that, this research also involves an analysis of staging on the student’s narrative texts. The narrative texts used in this research are only those that have orientation, complication, evaluation, and resolution stages, so there are 10 texts in total with 142 data of transitivity. Thus, this research can see the order of the texts and the processes used for connecting one existence to another. This research is descriptive-qualitative research with systemic functional linguistics approach. The data come from the student’s narrative texts while the data themselves are the clauses from each stage of the text. This research uses domain, taxonomic, componential, and cultural theme analysis as what Spradley suggests. The findings show that the process which has the most processes is the complication stage. Also, the process that is exploited by Batik JHS students is a material process. Lastly, this research concludes that students use material processes to connect an existence to another existence in simple clauses. Finally, this research contributes to linguistics research that analyze the outcome of English language teaching in a junior high school.

    2025
    引用
    AI阅读
    加入学术空间
    5Masalah Penyebutan Konsonan Dan Vokal Bahasa Melayu Dalam Kalangan Pelajar Thai: Kajian Kes Di Universiti Thammasat Bangkok, Thailand
    Chaiwat Meesanthan, Nur Huda Sadama

    Kajian ini membincangkan masalah sebutan bunyi konsonan dan vokal bahasa Melayu dalam kalangan pelajat Thai. Perbezaan antara konsonan dan vokal bahasa Melayu dan Bahasa Thai mewujudkan kerumitan dalam sebutan pelajar Thai yang mempelajari bahasa Melayu. Bunyi konsonan dan vokal dalam bahasa Thai yang berbeza jauh dengan bahasa Melayu hal ini telah menimbulkan masalah dalam kalangan pelajar Thai dalam menghasilkan vokal lain seperti konsonan /c/ /g/ /h/ /j/ /p/ /r/ /t/ dan masalah sebutan bunyi vokal seperti bunyi vokal /a/ disebut /o/ (bunyi vokal dalam bahasa Melayu dialek Patani) dan bunyi vokal /e/ didapati mereka keliru /e/ e-taling dengan /ə/ e-pepet. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah penyebutan konsonan dan vokal bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Thai yang belajar mata pelajaran Bahasa Melayu (Elementary Bahasa Melayu 1). Kajian ini melibatkan seramai 20 orang pelajar sebagai responden. Jumlah tersebut terdiri daripada 14 orang pelajar bukan Muslim mereka tidak bertutur bahasa dialek Melayu Patani dan tidak pernah belajar bahasa Melayu, 3 orang pelajar Muslim yang tidak boleh bertutur dialek Melayu Patani dan juga 3 orang pelajar Muslim yang bertutur bahasa dialek Melayu Patani. Kajian ini juga meneliti faktor yang menjadi punca kepada masalah tersebut berlaku. Hasil kajian memperlihatkan beberapa masalah penyebutan bahasa Melayu bagi pelajar Thai yang mempelajari bahasa Melayu di Universiti Thammasat iaitu (I) penyebutan mengikut bunyi dialek Melayu Patani dalam kalangan pelajar yang boleh bertutur dialek Melayu Patani (II) kekeliruan penyebutan bunyi vokal /e/ e-taling dengan /ə/ e-pepet oleh pelajar yang bukan Muslim dan pelajar Muslim yang tidak boleh bertutur Dialek Melayu Patani (III) kekeliruan penyebutan konsonan dan vokal yang sama dengan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar yang bukan Muslim (IV) penyebutan secara salah bunyi konsonan yang tidak ada dalam bahasa Thai dan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar yang bukan Muslim dan (V) tidak berkemampuan menyebut konsonan penutup yang tidak terdapat dalam bahasa Thai dan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar yang bukan Muslim. Punca kesalahan penyebutan bunyi konsonal dan vokal bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Thai ialah pengaruh dialek Melayu Patani dan pengaruh daripada bahasa asing lain iaitu bahasa Thai, bahasa Inggeris dan bahasa Arab.

    2025
    引用
    AI阅读
    加入学术空间
    立即登录,查看全部 64 篇论文

    高被引作者

    作者引用发文
    Syahidatul Munirah Badrul Munir21
    Susi Yuliawati21
    Mohamed Nazreen Shahul Hamid21
    Nani Darmayanti22
    Dadang Suganda21
    Nor Aisyah Hafiza Tazudin21
    Yusniza Yaakub11
    Rozita Che Rodi01
    Maizatul Azura Yahya01
    Zamri Mahamod01

    高产作者

    作者引用发文
    Mary Fatimah Subet02
    Muhammad Zaid Daud02
    Nani Darmayanti22
    Anida Sarudin02
    Susi Yuliawati21
    Mohamed Nazreen Shahul Hamid21
    Sailal Arimi01
    Norazlina Mohd Kiram01
    Mohd Haniff Mohammad Yusoff01
    Maizatul Azura Yahya01

    相关期刊

    No data
    No data