
This paper investigates the influence of career maturity amongst women entrepreneurs in Semarang, Indonesia towards the success of their business. Based on theoretical perspectives and empirical contribution, an integrated research model was developed focusing on entrepreneurial orientation, entrepreneurial experience, need for achievement and instrumental readiness. The respondents were 110 women entrepreneurs from Semarang, Indonesia. Results demonstrated that the entrepreneurial orientation, need for achievement and entrepreneurial experience positively influenced woman entrepreneurial career maturity. Entrepreneurial orientation and need for achievement showed a positive influence on success of business. The women entrepreneurial career maturity had a significant and positive effect on success of business. However, the effects of instrumental readiness on women entrepreneurial career maturity and success of business were insignificant, and the effect of entrepreneur experience on success of business was also insignificant. This paper is imperative in offering practical insights into the strategic role of women entrepreneurs, which may be a significant a factor in their entrepreneurial success. Keywords: Women entrepreneurs; career maturity; entrepreneurship; success of business, entrepreneurial orientation ABSTRAK Makalah ini meneliti pengaruh kematangan kerjaya terhadap kemajuan perniagaan dalam kalangan usahawan wanita di Semarang, Indonesia. Berdasarkan perspektif teori dan sumbangan empirikal, model penyelidikan bersepadu dikembangkan dengan menumpukan orientasi keusahawanan, pengalaman usahawanan, keperluan pencapaian dan kesediaan instrumental. Responden adalah seramai 110 pengusaha wanita dari Semarang, Indonesia. Dapatan menunjukkan bahawa orientasi keusahawanan, keperluan pencapaian dan pengalaman keusahawanan mempengaruhi kematangan kerjaya keusahawanan wanita secara positif. Orientasi keusahawanan dan keperluan pencapaian memberikan pengaruh positif terhadap kemajuan perniagaan. Kematangan kerjaya keusahawanan wanita mempunyai kesan yang signifikan dan positif terhadap kemajuan perniagaan. Namun, kesan kesediaan instrumental terhadap kematangan kerjaya wanita dan kemajuan perniagaan adalah tidak signifikan, sementara pengaruh pengalaman usahawan terhadap kemajuan perniagaan juga tidak signifikan. Makalah ini merupakan pandangan praktikal mengenai strategi usahawan wanita yang berkemungkinan menjadi faktor utama kemajuan usahawan mereka. Kata kunci: Usahawan wanita; kematangan kerjaya; keusahawanan; kejayaan dalam perniagaan; orientasi keusahawanan
ABSTRACT Over the decades, flexible working arrangements (FWAs) have been of concern due to socio-economic challenges, technological advancements, globalisation of businesses, and the latest is a pandemic crisis that has prompted most businesses to continue operating through the FWAs. Through this study, a relatively new research frameworks were introduced to pioneer the hybridisation between human resource management (HRM) and management accounting (MA) research so that the FWAs can be planned more effectively. The study was based on the epistemology of interpretivism and social constructive approaches. The results show that HRM and MA are two different business functions but have intersecting and overlapping roles and responsibilities within the organisation. Therefore, the hybridisation of strategies between HRM and MA in formulating a more effective and efficient FWAs implementation plan is appropriate. The originality of this study is to develop a strategic conceptual framework between HRM and MA and develop a more conclusive research platform and assist organisations in the preparation of strategic plans in the implementation of flexible working arrangements. Keywords: Flexible working arrangement; human resource management; management accounting ABSTRAK Sejak beberapa dekad pengaturan kerja fleksibel (PKF) telah menjadi perhatian disebabkan oleh cabaran sosio-ekonomi, kemajuan teknologi, perniagaan tanpa sempadan dan terkini ialah krisis pandemik yang telah mendesak kebanyakan perniagaan untuk terus beroperasi melalui PKF. Menerusi kajian ini suatu kerangka penyelidikan yang agak baharu diperkenalkan bertujuan untuk mempelopori penyelidikan penghibridan pengurusan sumber manusia (PSM) dan perakaunan pengurusan (PP) agar PKF dapat dirancang dengan lebih berkesan. Kajian ini berdasarkan epistemologi interpretivisme dan pendekatan konstruktivis sosial. Hasil kajian menunjukkan bahawa PSM dan PP adalah dua fungsi perniagaan yang berbeza tetapi mempunyai peranan dan tanggungjawab yang bersalingan atau bertindih di dalam organisasi. Oleh itu penghibridan strategi antara PSM dan PP dalam merangka pelan pelaksanaan PKF yang lebih efektif dan efisien adalah wajar. Keaslian kajian ini ialah mengembangkan kerangka konseptual strategik antara PSM dan PP dan mengembangkan landasan penyelidikan yang lebih konklusif dan membantu organisasi dalam penyediaan pelan strategik dalam pelaksanaan pengaturan kerja fleksibel. Kata kunci: Pengaturan kerja fleksibel (PKF); pengurusan sumber manusia (PSM); perakaunan pengurusan (PP)
ABSTRACT The content and form of relationship value dominate the literature. The study aims to add to relationship value research by examining its dimensions and outcomes. The relationship value presents a new taxonomy beyond the cost and benefit conception of value that dominates existing literature. Its consisting of four dimensions, i.e., personal, financial, knowledge and strategic value. The focus of the research, which synthesizes a conceptual framework from the relationship value framework, is on business-to-business situations and the value of the relationship to the manufacturer. Using structural equation modeling, the study examines the influence of relationship value on relational trust, relational commitment and performance. The sample covers 259 retailers categorized as Small and Medium Enterprises (SMEs) in Indonesia. It was found that relationship value drives relational trust and relational commitment perceived by retailers. In addition, both of them are key factors that nurture the value of relationships between manufacturers and retailers. Finally, relationship value is a determinant of business performance. Keywords: Relationship value; relational trust; relational commitment; SEM; SMEs ABSTRAK Kandungan dan bentuk nilai hubungan mendominasi literature. Kajian ini bertujuan untuk menambah penyelidikan nilai hubungan dengan memeriksa dimensi dan hasilnya. Nilai hubungan menunjukkan taksonomi baru melebihi konsep kos dan nilai faedah yang menguasai literatur yang ada. Ia terdiri daripada empat dimensi, iaitu nilai peribadi, kewangan, pengetahuan dan strategik. Fokus penyelidikan, yang mensintesis kerangka konseptual dari kerangka nilai hubungan, adalah pada situasi perniagaan ke perniagaan dan nilai hubungan dengan pengeluar. Dengan menggunakan pemodelan persamaan berstruktur, kajian ini mengkaji pengaruh nilai hubungan terhadap kepercayaan relasional, komitmen dan prestasi. Sampel ini merangkumi 259 peruncit yang dikategorikan sebagai Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Indonesia. Didapati bahawa nilai hubungan mendorong kepercayaan hubungan dan komitmen hubungan yang dirasakan oleh peruncit. Di samping itu, kedua-duanya merupakan faktor penting yang memupuk nilai hubungan antara pengeluar dan peruncit. Akhirnya, nilai hubungan adalah penentu prestasi perniagaan. Kata kunci: Nilai hubungan; hubungan kepercayaan; hubungan komitmen; SEM; PKS
ABSTRAK Malaysia sebagai sebuah negara membangun menggalakkan golongan belia supaya terlibat dalam keusahawanan dan menjadikannya sebagai satu bidang kerjaya pilihan. Namun begitu, tidak ramai rakyat Malaysia mengejar peluang keusahawanan yang disediakan oleh pihak Kerajaan untuk mereka. Justeru itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji perbezaan latar belakang dan kecenderungan keusahawanan pelajar sekolah menengah menggunakan kaedah kuantitatif. Seramai 161 pelajar Tingkatan 4 yang mengikuti kelab keusahawanan daripada 16 buah sekolah menengah sekitar Negeri Terengganu dipilih untuk dijadikan responden kajian ini. Data kajian ini dianalisis menggunakan perisian SPSS. Kajian ini mendapati sebahagian besar (79.5 peratus) responden mempunyai pengetahuan keusahawanan pada tahap sederhana. Seterusnya, kajian ini mendapati sebahagian besar (61.5 peratus) responden mempunyai kemahiran dan (57.8 peratus) kecenderungan keusahawanan pada tahap tinggi. Selain itu, kajian ini juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran keusahawanan dan kerjaya impian. Kajian ini selanjutnya mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara kecenderungan keusahawanan mengikut kerjaya impian, keaktifan dalam kelab dan tempat untuk menjalankan perniagaan. Dapatan kajian ini boleh dijadikan rujukan dalam usaha untuk meningkatkan bilangan usahawan muda. Kewujudan kelab keusahawanan adalah asas penting dalam usaha menyediakan pelajar menuju ke arah kerjaya keusahawanan seterusnya melahirkan usahawan muda pada masa depan. Kata kunci: Kelab keusahawanan; pendidikan keusahawanan; kecenderungan keusahawanan; keusahawanan sekolah menengah; kerjaya keusahawanan ABSTRACT Malaysia as a developing country encourages youth to get involved in entrepreneurship and make it as a career of choice. However, not many Malaysians pursue the entrepreneurship opportunities provided by the Government for them. Therefore, the purpose of this study is to examine the differences in background and entrepreneurial inclination of secondary school students using quantitative methods. A total of 161 Form 4 students who are involved in entrepreneurship clubs from 16 secondary schools around the State of Terengganu were selected to be the respondents of this study. The data of this study were analyzed using SPSS software. This study found that the majority (79.5 percent) of respondents have moderate entrepreneurship knowledge. Furthermore, this study found that the majority (61.5 percent) of respondents have skills and (57.8 percent) entrepreneurial inclination at a high level. Beside that, this study found that there were significant differences in entrepreneurship skills between respondents and their career choice. Consequently the study also found that there were significant differences between entrepreneurial inclination and career choice, activity in the club and place of business. The findings of this study can be used as a reference for all parties, especially the Government in increasing the number of young entrepreneurs. The existence of entrepreneurship club is an important foundation in the effort to prepare students towards entrepreneurship as a career and in turn produce young entrepreneurs in the future. Keywords: Entrepreneurship club; entrepreneurship education; entrepreneurship inclination; secondary school entrepreneurship; entrepreneurship career
ABSTRACT This note reveals the gaps from circular economy (CE) and resilience in the literature during COVID-19 pandemic. The disruptive event affects the circularity in the supply chain due to numerous single-use-products in food, health, plastic industries. The unsustainable production and consumption is harmful for social, ecological, and economic systems. The industrial practices need a highly resilient network to have better visibility and agility to shift sourcing. Prior studies reveal the gap that CE needs the resilient systems. Still, there is a need to conceptualize and models resilience in CE studies using quantitative and qualitative approaches. Keywords: COVID-19 pandemic; circular economy; resilience in the supply chains. ABSTRAK Nota ini mendedahkan jurang lingkaran ekonomi (LE) dan daya tahan dalam literatur semasa pandemik COVID-19. Kejadian yang mengganggu ini mempengaruhi lingkaran dalam rantaian bekalan kerana banyak sekali produk sekali guna dalam industri makanan, kesihatan dan plastik. Pengeluaran dan penggunaan yang tidak berkelanjutan adalah mendatangkan keburukan bagi sistem sosial, ekologi, dan ekonomi. Amalan perindustrian memerlukan rangkaian berdaya tahan tinggi untuk mempunyai darjah penglihatan dan ketangkasan yang lebih baik untuk peralihan sumber. Kajian terdahulu menunjukkan jurang bahawa lingkatan ekonomi memerlukan sistem daya taham. Namun, terdapat keperluan untuk mengkonseptualisasikan dan memodelkan daya tahan dalam kajian lingkatan ekonomi menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Kata kunci: Pandemik COVID-19; lingkaran ekonomi; daya tahan dalam rantaian bekalan.