Intersectionality: Implikasi Proses Sosialisasi Politik terhadap Budaya Politik Wanita Cina di Semenanjung Malaysia

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)(2021)

引用 0|浏览1
暂无评分
摘要
Budaya politik wanita Cina di Semenanjung Malaysia bersifat pasif. Fenomena ini dapat dilihat melalui bilangan wanita Cina antaranya di dalam Parlimen dan DUN. Malahan bilangan wanita Cina di peringkat pembuat keputusan dalam parti berorientasikan masyarakat Cina seperti DAP serta MCA masih lagi rendah, walaupun sistem kuota 30 peratus wanita telah dibentuk. Proses sosialisasi politik melalui agen sosialisasi politik merupakan antara indikator penting yang mempengaruhi budaya politik wanita Cina di Semenanjung Malaysia. Agen sosialisasi ini dilihat tidak berdiri sendiri dan saling berkait seperti yang diketengahkan melalui teori intersectionality dan telah memberikan kesan berbeza kepada wanita. Kajian kualitatif ini mengenal pasti agen sosialisasi politik melalui proses sosialisasi politik, yang telah mempengaruhi budaya politik wanita Cina di Semenanjung Malaysia. Temu bual secara intensif telah dijalankan ke atas tujuh orang informan dalam kalangan perwakilan wanita Cina, seorang ahli politik lelaki, aktivis wanita Cina dari Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) dan ahli akademik. Hasil temu bual dianalisis di mana proses transkripsi temubual telah dikodkan dan ditemakan. Tema ini kemudiannya telah dibahagikan kepada dua iaitu agen sosialisasi politik lingkaran dalaman dan agen sosialisasi politik lingkaran luaran. Agen sosialisasi lingkaran dalaman terdiri daripada pendidikan, ekonomi, budaya, agama, keluarga serta gender. Agen sosialisasi lingkaran luaran pula terdiri daripada NGO/persatuan, parti politik dan masyarakat. Model Agen Sosialisasi Politik Wanita Cina melalui dimensi intersectionality turut dibangunkan untuk menggambarkan hubung kait agen sosialisasi politik wanita Cina di Semenanjung Malaysia.
更多
查看译文
AI 理解论文
溯源树
样例
生成溯源树,研究论文发展脉络
Chat Paper
正在生成论文摘要