Kajian Penyimpanan Serbuk Kopi Segera dengan Pembungkus boleh Dimakan daripada Rumpai Laut Kappaphycus alvarezii

Sains Malaysiana(2022)

引用 1|浏览0
暂无评分
摘要
Kajian kebolehgunaan filem boleh dimakan untuk membungkus dan memelihara kualiti penyimpanan serbuk kopi segera telah dijalankan. Serbuk kopi segera dipek dengan uncang yang diperbuat daripada filem boleh dimakan dan seterusnya dibungkus dengan dua jenis pembungkus sekunder untuk melindunginya daripada terdedah kepada wap air, oksigen dan dicemari kekotoran. Serbuk kopi segera dimasukkan ke dalam bekas sekunder yang berlainan iaitu beg aluminum dengan penutup berzip (BA) dan kanister kertas berlapiskan aluminum (KK). Kedua-dua sampel BA dan KK dibandingkan dengan sampel kawalan iaitu jenis bahan pembungkus asal (AS) oleh pengilang terdiri daripada uncang aluminum berlaminat dan pembungkus sekunder ialah beg OPP/LDPE. Kandungan lembapan, keaktifan air dan bilangan mikroorganisma untuk serbuk kopi meningkat semasa penyimpanan. Namun peningkatan yang berlaku tidak menjejaskan kualiti dan tempoh simpan produk tersebut memandangkan penerimaan panel penilai sensori masih memberikan skor yang melebihi had minimum penerimaan iaitu 4, serta bacaan kandungan mikroorganisma yang rendah. Keputusan kajian menunjukkan bahawa serbuk kopi yang dipek dengan filem boleh dimakan mempunyai hayat penyimpanan sehingga setahun iaitu adalah standing dengan serbuk kopi yang dipek dengan beg aluminum berlaminat.
更多
查看译文
AI 理解论文
溯源树
样例
生成溯源树,研究论文发展脉络
Chat Paper
正在生成论文摘要