Kesan Suhu Pensinteran terhadap Mikrostruktur dan Sifat Mekanikal Perovskit Seramik SrFe0.9Ti0.1O3-δ-SDC

Sains Malaysiana(2023)

引用 0|浏览1
暂无评分
摘要
Kesan suhu sinter ke atas sifat bahan seramik perovskit SrFe0.9Ti0.1O3-δ-SDC dikaji di dalam penyelidikan ini. Pada asasnya, proses sinter dilakukan bagi memperkecilkan keliangan di dalam sesuatu bahan yang telah dipadatkan. Melalui kajian ini, tiga suhu digunakan untuk mengkaji kesan suhu sinter iaitu 1200, 1250, 1300 °C. Bahan seramik yang diperbuat daripada SDC terlebih dahulu dibentuk menjadi sel butang dengan mengenakan tekanan ekapaksi 5.2MPa. Dakwat seramik 5SrFe0.9Ti0.1O3-δ-5SDC dicetak ke atas kedua-dua permukaan sel butang bagi menghasilkan sel simetri elektrod/elektrolit/elektrod. Kesemua sel ini dibakar dengan 3 suhu sinter yang berbeza. Sifat fizikal dan morfologinya dikaji. Hasil kajian ini mendapati sel simetri yang dikenakan suhu yang berbeza mempengaruhi sifat bahan tersebut. Kenaikan suhu sinter menyebabkan bahan menjadi semakin aglomerat dan keliangan semakin berkurang sehingga 24.38%. Ketumpatan bahan juga semakin meningkat dan menyebabkan bahan mudah patah. Ketahanan bahan berkurang dengan kenaikan suhu. Dalam kajian ini, bahan 5SrFe0.9Ti0.1O3‒δ-5SDC didapati sesuai disinter pada suhu 1250 °C kerana memberikan nilai keliangan, kadar penggumpalan, ketumpatan dan dan ketahanan yang baik pada ketika itu.
更多
查看译文
AI 理解论文
溯源树
样例
生成溯源树,研究论文发展脉络
Chat Paper
正在生成论文摘要